selamat datang ! jangan malu , jangan segan untuk mengFOLLOW saya ! time kasih ! :)

Wednesday, July 3, 2013

Pentas Kehidupan.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Kita berkesempatan bersua kembali setelah sekian lama saya tidak mengemaskini blog menyebabkan blog ini sedikit "berhabuk". Mungkin terlupa yang saya pernah memiliki blog kerana banyak perkara yang saya temui, saya lalui sepanjang "menyepi". Timbulnya semula saya di blog ni dapatlah saya mencoretkan sedikit sebanyak kisah hidup saya untuk dikongsikan bersama anda. Sepanjang itu juga, saya telah diuji dengan dugaan yang cukup berat. Mungkin antara dugaan yang paling berat sepanjang hidup saya. Orang yang rapat dan selalu bersama saya seperti Yazid dan Pika turut merasai tempias dengan apa yang telah saya hadapi sedikit waktu yang lalu. 

Apa yang berlaku adalah untuk saya merasai  erti kehilanganRasa kehilangan hanya akan ada jika kamu pernah merasa memilikinya. Kehilangan sesuatu yang amat disayangi dan dicintai akan memberikan kesan yang cukup mendalam dalam hidup seseorang. Pertama kali merasai kehilangan orang yang disayangi dalam hidup awalnya membuatkan saya menyalahkan takdir namun tanpa disangka saya mendapat sesuatu yang cukup bermakna daripada kisah tersebut. Benarlah kata bijak pandai, "kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi". Daripada kisah tersebut, saya dapat belajar sedikit sebanyak erti redha. Ya, redha. Apakah saya mampu menghalang kuasa Tuhan? Apakah orang lain mampu? Tidak sama sekali. Kita ibarat pelakon yang hanya perlu mainkan watak yang telah diberikan oleh "Pengarah". Itulah pentas hidup. Dia sudah aturkan semuanya dengan cukup-cukup indah dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Siapakah kita nak mengkritik perancanganNya? Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti dan kelak kita akan tahu betapa bijaknya hidup.

Oh, indah sungguh jalan cerita yang saya lalui dan saya yakin anda juga mempunyai jalan cerita yang indah dalam perjalan hidup masing-masing seandainya dimengerti. Saya harap dapat kita mengambil pelajaran dengan apa yang berlaku terhadap kita dan sesungguhnya apa yang berlaku itu tiada yang sia-sia. Di sini juga Allah menduga adakah kita kita bersangka baik denganNya atas semua musibah yang diberi atau kita bahkan menjadi kafir dengan ujian yang di beri? Maka beruntunglah orang-orang yang dibukakan pintu hatinya untuk berfikir sedalamnya bahawa setiap apa yang berlaku buat dirinya adalah yang terbaik di sisi Allah buat hambaNya. Kerana Maha Pengasih dan Penyayang Allah mengatasi rasa kasih dan sayangNya kita sesama makhluk. Allah uji untuk diampunkan dosa-dosa kita, Allah uji untuk melihat sejauh mana kebergantungan harap kita hanya kepadaNya. Allah uji untuk menambah pengalaman kita kerana pengalaman tidak dapat dipelajari dari mana-mana sekolah atau universiti terulung. Dan Allah uji untuk mengangkat darjat kita disisiNya agar hati kita sentiasa subur dan hidup hanya dengan mengingati Allah.

No comments:

Post a Comment