selamat datang ! jangan malu , jangan segan untuk mengFOLLOW saya ! time kasih ! :)

Wednesday, July 3, 2013

Pentas Kehidupan.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Kita berkesempatan bersua kembali setelah sekian lama saya tidak mengemaskini blog menyebabkan blog ini sedikit "berhabuk". Mungkin terlupa yang saya pernah memiliki blog kerana banyak perkara yang saya temui, saya lalui sepanjang "menyepi". Timbulnya semula saya di blog ni dapatlah saya mencoretkan sedikit sebanyak kisah hidup saya untuk dikongsikan bersama anda. Sepanjang itu juga, saya telah diuji dengan dugaan yang cukup berat. Mungkin antara dugaan yang paling berat sepanjang hidup saya. Orang yang rapat dan selalu bersama saya seperti Yazid dan Pika turut merasai tempias dengan apa yang telah saya hadapi sedikit waktu yang lalu. 

Apa yang berlaku adalah untuk saya merasai  erti kehilanganRasa kehilangan hanya akan ada jika kamu pernah merasa memilikinya. Kehilangan sesuatu yang amat disayangi dan dicintai akan memberikan kesan yang cukup mendalam dalam hidup seseorang. Pertama kali merasai kehilangan orang yang disayangi dalam hidup awalnya membuatkan saya menyalahkan takdir namun tanpa disangka saya mendapat sesuatu yang cukup bermakna daripada kisah tersebut. Benarlah kata bijak pandai, "kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi". Daripada kisah tersebut, saya dapat belajar sedikit sebanyak erti redha. Ya, redha. Apakah saya mampu menghalang kuasa Tuhan? Apakah orang lain mampu? Tidak sama sekali. Kita ibarat pelakon yang hanya perlu mainkan watak yang telah diberikan oleh "Pengarah". Itulah pentas hidup. Dia sudah aturkan semuanya dengan cukup-cukup indah dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Siapakah kita nak mengkritik perancanganNya? Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti dan kelak kita akan tahu betapa bijaknya hidup.

Oh, indah sungguh jalan cerita yang saya lalui dan saya yakin anda juga mempunyai jalan cerita yang indah dalam perjalan hidup masing-masing seandainya dimengerti. Saya harap dapat kita mengambil pelajaran dengan apa yang berlaku terhadap kita dan sesungguhnya apa yang berlaku itu tiada yang sia-sia. Di sini juga Allah menduga adakah kita kita bersangka baik denganNya atas semua musibah yang diberi atau kita bahkan menjadi kafir dengan ujian yang di beri? Maka beruntunglah orang-orang yang dibukakan pintu hatinya untuk berfikir sedalamnya bahawa setiap apa yang berlaku buat dirinya adalah yang terbaik di sisi Allah buat hambaNya. Kerana Maha Pengasih dan Penyayang Allah mengatasi rasa kasih dan sayangNya kita sesama makhluk. Allah uji untuk diampunkan dosa-dosa kita, Allah uji untuk melihat sejauh mana kebergantungan harap kita hanya kepadaNya. Allah uji untuk menambah pengalaman kita kerana pengalaman tidak dapat dipelajari dari mana-mana sekolah atau universiti terulung. Dan Allah uji untuk mengangkat darjat kita disisiNya agar hati kita sentiasa subur dan hidup hanya dengan mengingati Allah.

Saturday, December 17, 2011

perasmian jersi geli-geli fc .

Assalamualaikum Dan Selamat Petang Semua .

Aai semuaaa, agak lame jugaklah tak update blog nihh mungkin sejak jadi mahasiswa nii sedikit mem'busy'kan tapi pada petang yang redup nii ada sedikit kelapangan untuk berkongsi sedikit cerita terbaru aku. Pada 14/12 lepas, team kami, Geli-Geli Fc telah melancarkan jersi baru ntok junior-junior dpp mas. Kat bawah nii ada sedikit foto untuk  dinikmati bersama. Harap anda semua suka ngan post nii dan jangan lupa untuk mendoakan kejayaan kami.







kesian a'an
5, 4, 8, 9, 11, 32, 91


tengop, cameraman yang sedikt gatal






 












Geli-Geli FC

Tuesday, September 6, 2011

jalan terus .

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Semua .


Hai semua sahabat, apa khabar? harap sume sihat blake ah . Sini, nak ucapkan selamat jalan dan maju jaya kat kawan-kawan yg melanjutkan pelajaran tak kira yg dah sampai ke destinasi masing-masing atau yg baru nk bertolak, yg penting semuanya selamat, mudah-mudahan . amin . Dan esok aku akan bertolak ke UUM, selepas ni aku terpaksa meninggalkan seketika keluarga, sedara-mara, serta teman-teman yg selalu ada di samping kuu selama nim . Sungguh berat untuk aku lalui semua ni tanpa mereka semua dan tak terbayang macam mane hidup aku tanpa mereka semua nii tapi apa yg pasti aku takkan hampakan mereka semua, aku akan lakukan yg terbaik untuk mereka, Insyaallah . Kepada Kzo, Sharil, Eyo, semoga berjaya kat sana, jangan sedih-sedih, jangan lupa awok-awok dan yg penting jangan lupa keluarga . Kepada rakan-rakan hak belum berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran tu, teruskan langkah untuk mewujudkan mimpi-mimpi kamu semua dan jangan berputus asa . Yakinlah bahwa tuhan mempunyai rencana yg lebih baik untuk kamu semua . Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah s.w.t . Sekian .
http://www.smileycodes.info



Sunday, July 24, 2011

reunion .



Assalamualaikum ..


Hii kawan-kawan kuhh yg comel lagi kiut miut, nim nak cite sikit sal reunion budak-budak form 6 hak diadakan baru-baru nim walaupun dok ramai hak join tapi tetappp best. Dalam-dalam dok ramai, ada ah 19 orang hak join. Thanz sangat-sangat kat Mohd Fauzan Arif sebab rancang reunion kali nii. Nape-nape pom, mu emang sedap ah jamm. Asal em nk g A&W, p dop aulah bakpe g KFC. Nok tau? Tanya En. Fauzan yg comey lotey tuh okayyy. Pahtu dok lupa gok time kasih kat kawan-kawan hak join reunion kali nimm, awop-awop mu memang DENEY PEYYY ah !
http://www.smileycodes.info


baru kua kete kne ambek gmba dah ?





buat kerja masing-masing .


baca doa sebelum makan .

serius sedap air nim . nok dok ?



merajuk lahh sangat . deneyyy


ehh sengettt !

koya sikittt jeh .




dang ye kate nk jadi model .





kenangan terindah . :)